Monday 1 December 2014

AUDIT MAMPU

DIHARAP SEMUA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI AUDIT MAMPU
PADA 3 HINGGA 5 DISEMBER 2014



Kepada semua yang terlibat dengan Audit mampu sama ada secara langsung atau pun tidak langsubg selamat berjaya diucapkan dari Zon Kalimaya. Doakan kejayan kite bersama. Amin...


JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN...

Monday 4 August 2014

Lawatan EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang


Pada 23.5.2014, seramai 30 orang warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Y.A.A Dato Hj Walid B Abu Hasan telah mengadakan lawatan ke Mahkamah Rendah Syariah Parit Buntar. Kehadiran rombongan JKSPP adalah bertujuan bagi melihat dan berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan EKSA untuk dilaksanakan di pejabat dan Mahkamah Syariah seluruh Negeri Pulau Pinang.
Jom layan Ekosistem Ban Pecah sambil zikir2..


Thursday 24 July 2014



SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA 



Sejarah perundangan Islam di negara kita bukan bermula selepas kemerdekaan, malah telah wujud  pada setiap era semenjak kesultanan Melayu, serta mengalami episod pasang surut akibat daripada penjajahan sehingga kini.

Sebelum era penjajahan, Islam telah datang ke Kepulauan Melayu pada abad Pertama Hijriyyah bersamaan abad Ketujuh Masehi. Ini berasaskan dari laporan orang Cina dan penemuan kesan-kesan sejarah yang menunjukkan bahawa saudagar Arab Islam telah membuat penempatan dan menyebarkan Islam di Kedah dan Palembang.