Tuesday 29 March 2022

Ahlan wa Sahlan Ramadhan

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al Baqarah : 183)



Sunday 20 March 2022

Sesi Audit Dalaman Eksa JKSPk Bil. 1/2022

Mahkamah Syariah Parit Buntar berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran juru audit EKSA JKSPk pada 16hb Mac 2022 yang lalu. Di mana pada tarikh tersebut telah dijalankan audit dalaman EKSA buat kali pertama pada tahun ini. Selain itu, pihak MSPB juga merakamkan jutaan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pengauditan EKSA kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan atas pencapaian prestasi EKSA bil 1/2022. 



Tuesday 15 March 2022

Aktiviti Gotong Royong 3hb Mac 2022

Berikut merupakan aktiviti gotong-royong yang dilaksanakan di bilik mesyuarat Mahkamah Syariah Parit Buntar sempena meraikan ahli-ahli mesyuarat MKSP beserta mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan pastinya membudayakan amalan 5S EKSA.

Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas
Selepas











Naziran EKSA Bil. 1/2022

Pada 11hb Mac 2022 telah diadakan satu Naziran Eksa kali pertama bagi tahun 2022 bertempat di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar. Naziran kali ini bertujuan untuk memberikan satu panduan kepada zon-zon yang terlibat bagi meningkatkan nilai prestasi audit eksa mereka dan penambahbaikkan telah dijalankan pada hari yang sama dengan bantuan juru audit induk EKSA JKSPk. Hasil daripada naziran tersebut memberikan satu pencerahan dan kefahaman kepada zon-zon yang terlibat untuk lebih memahami amalan EKSA di tempat kerja masing-masing.

Thursday 10 March 2022

Big Cleaning Day Zon MSPB

Pada 28 Januari 2022, Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar telah mengadakan Big Cleaning Day secara besar-besaran bagi merealisasikan amalan EKSA JKSPk. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas penglibatan semua kakitangan MSPB. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berlangsung.



Majlis Pengiktirafan Eksa

 

Sempena hari Audit Dalaman Eksa yang telah diadakan pada 4hb Mac 2022 di peringkat Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar, terdapat 2 kategori yang telah dipilih untuk menerima anugerah pengiktirafan iaitu Ruang Kerja Individu Terbaik dan Ruang Seliaan Individu Terbaik.

Majlis pengiktirafan tersebut telah berlangsung pada 7hb Mac 2022. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada penerima anugerah. 


Puan Malawati binti Zailani
menerima Anugerah Ruang Kerja Individu Terbaik

Encik Muhammad Azhari bin Abd Rashid
menerima Anugerah Ruang Seliaan Individu Terbaik