Tuesday 26 September 2023

ANALISA PENJIMATAN BIL TNB, LAP & TELEKOM MSPB JANUARI HINGGA JUN 2023

Purata Bil Tenaga Nasional Berhada (TNB) bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar dari bulan Januari hingga Jun bagi tahun 2023 adalah sekitar RM 5000.00. Walaubagaimanapun terdapat peningkatan Bil bagi bulan April 2023 disebabkan oleh masalah teknikal pada sistem penghawa dingin dan kerja-kerja membaikpulih dilakukan.

Purata Bil Lembaga Air Perak (LAP) bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar dari bulan Januari hingga Jun bagi tahun 2023 adalah sekitar RM 170.25. Walaubagaimanapun pada bulan April 2023 bil menunjukkan peningkatan sedikit iaitu sebanyak RM 212.05 disebabkan berlakunya kebocoran paip air di beberapa tandas yang terlibat di dalam bangunan ini. Kerja penyelenggaran dan baik pulih telah selesai dijalankan. 


Purata penggunaan bil Telekom bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar dari bulan Januari hingga Jun bagi tahun 2023 adalah sekitar RM 190.00. Namun berlaku sedikit peningkatan bil pada bulan Mac 2023 iaitu sebanyak RM 201.59 dan ia berlaku disebabkan kekerapan penggunaan panggilan luar terutamanya kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kes di mahkamah. 


Monday 22 May 2023

ANALISA PENJIMATAN BAGI TAHUN 2022 MSPB

Purata Bil Tenaga Nasional Berhada (TNB) bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar bagi tahun 2022 adalah sekitar RM 5000.00. Walaubagaimanapun terdapat peningkatan Bil bagi bulan April 2023 disebakan oleh masalah teknikal pada sistem penghawa dingin dan kerja-kerja membaikpulih dilakukan.
Purata Bil Lembaga Air Perak (LAP) bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar bagi tahun 2022 adalah sekitar RM 65.00. Walaubagaimanapun peningkatan Bil berlaku pada bulan Oktober 2022 sehingga mencecah RM 759.85 disebabkan berlakunya kerosakan paip bekalan air di atas siling bangunan ini. Kerja penyelenggaran dan baik pulih telah selesai dijalankan.
Purata penggunaan bil Telekom bagi Zon Mahkamah Syariah Parit Buntar bagi tahun 2022 adalah sekitar RM 200.00. Namun paras tertinggi bil pada Bulan Oktober 2022 sebanyak RM 416.15 adalah disebabkan peningkatan kekerapan komunikasi dengan pelanggan bagi urusan kes pada bulan tersebut.