PERLAKSANAAN EKSA

PERLAKSANAAN EKSA

Written by Super User on . Posted in Info EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan EKSA yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
a)meningkatkan imej korporat;
b)menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Go Green;
c)menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
d)memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
e)memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep EKSA yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen EKSA tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Bagi tujuan mendapatkan taklimat, khidmat rundingan bagi EKSA, agensi-agensi kerajaan boleh memohon/ merujuk kepada senarai Champion EKSA yang telah dilatih oleh MAMPU dalam Program Training of Trainers (TOT) EKSA. Sekiranya agensi bercadang untuk mendapatkan pensijilan EKSA dari MAMPU, pihak agensi boleh menghubungi pegawai seperti di bawah atau memohon melalui surat kepada:

Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment